Isnin, Disember 06, 2010

Lirik lagu Malaysia

Lirik Kalau Berpacaran – Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha

Isnin, Disember 06, 2010

Lirik lagu M @ L @ Y $ ! @

Hanyut_Faizal tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Isnin, Disember 06, 2010

Lucu Kala-Kala Remaja..

Lelaki Handsome vs Lelaki Not Handsome

->Kalau Lelaki handsome tolong ibu angkat barang..
Girls kata:Wah,baiknya hati dia tolong ibu.
So,sweet!!

->Kalau Lelaki Not Handsome tolong ibu angkat barang..
Girls kata:Eleh,tunjuk baiklah tuh.Over gitu!!

->Kalau Lelaki Handsome jadi model majalah..
Girls kata:Ooww my..How cool..Kacaknya and body dia pown
boleh tahanlah..

->Kalau Lelaki Not Handsome jadi model majalah..
Girls kata:Erm..no comment..

->Kalau Lelaki Handsome buat benda jahat..
Girls kata:Takpe,lagi pon manusia semuanya buat silap.

->Kalau Lelaki Not Handsome buat benda jahat..
Girls kata:Memang pon,muka macam pecah semua!!

->Kalau Lelaki Handsome ditinggalkan oleh kekasihnya..
Girls kata:Don't worry I can be your sunshine.Makwe U buta agaknya.

->Kalau Lelaki Not Handsome ditinggalkan oleh kekasihnya..
Girls kata:Tengok saja luarannya..patutlah makwe dia tinggalkan dia..
Sympathy..lorh

->Kalau Lelaki Handsome ada makwe cantik..
Girls kata:Sepadan sangat..bagai pinang berbelah-belah..

->Kalau Lelaki Not Handsome ada makwe cantik..
Girls kata:Mesti pompuan tuh kena bomoh atau ubat pengasih..

->Kalau Lelaki Handsome bawa kereta BMW
Girls kata:Matching..hebat lah..macho sangat..

->Kalau Lelaki Not Handsome bawa kereta BMW
Girls kata:Oii bang mana bosnya??

Maaf kepada sesiapa yang terasa..Ini takde kena mengena antara hidup atau mati..Girls jangan kuat memilih sangat tau!! hehehe...

Isnin, Disember 06, 2010

!! Kemurungan Membawa Memori Hitam !!

Kepada pembaca blog Rumah Biru,Aku nak tanya sikitlah....
Korang mesti selalu tengok filem dan drama dekat Tv kan?
Kalau tak selalu pon,kadang-kadangkan?
Ada tak,korang tengok dalam cerita itu ada watak orang abnormal?
Tentu pernahkan?
Sebelum watak itu jadi abnormal..mesti dia lalui kisah ngeri dan juga sedihkan?
Kalau ya,Watak abnormal tuh mesti mengalami kisah-kisah ini..Putus cinta yang melampau,Penceraian ibu bapa,kehilangan sesuatu yang dia sayangi,hidup dia selalu diasak-asak dan banyak lagilah...

Kemurungan boleh membawa maut kepada sesiapa sahaja..aku pernah alami perkara ini.Hidupku kosong dan rasa seperti orang kutuk aku but pada hal diorang tak cakap pasal aku pon.Tetapi nasib baik aku tak tersasar buat perkara hina kerana aku sentiasa ingat Agama Islam.(Allah S.W.T)
Aku terbaca artikel tentang sakit jiwa(http://www.refleksiteraphy.com)
Bagus tau Doktor tuh..Tabiklah aku pada dia..

Untuk mengelakkan diri daripada penyakit kemurungan..
Bagi muslim..Solat dan membaca Al-Quran.Cubalah!!
Pasti mujarab.Tapi kalau anda rasa tak mujarab mesti ada yang tak kena !!
Selain itu,korang kena elak daripada arak,arak boleh memberi impak yang mendalam tau..korang terus jadi gila tau(kalau korang minum setitis arak,umpama 40 hari korang melakukan kebaikkan..Kebaikkan itu tidak akan diterima tau)Peliharalah haiwan-haiwan jinak.Tapi jika tak sanggup menjaganya macam aku ini..selalunya aku main kucing yang tak dijaga tuh..
alah kucing "pendatang asing"..Faham-faham jelah..
Makanan pon kena jaga.Jangan makan-makanan tak sihat tau..
Otak pon boleh jadi warna kuning...

Itu jelah yang aku tahu setakat ini.Ramai dikalangan remaja macam aku ini mempunyai masalah sehingga menjadi murung.So,kalau kawan-kawan korang tuh murung,cepat-cepat lah bagitahu dia..memang dia tak akan mengaku..
Cuma korang kena bagi harapan or semangat kat dia seperti pujuk dia ke? tolong dia kerr?
Perhatikan orang disekeliling korang...tau !!!

Isnin, Disember 06, 2010

Hatiku Tenang..sambil hirup secawan nescafe

Malam ini,sangat tenang tanpa sebarang gangguan sambil mendengar lagu yang menyayat hatiku.Aku seperti berada di zaman 90-han.Jiwa aku seperti pulih sedia kala.Sebelum ini jiwa aku agak kacau dengan berbagai-bagai bala.Aku tak tahu macam mane nak selesaikan masalah ini?

Apa nak buat,Manusia!! tak akan lepas pada cabaran hidup.Kalau jadi Haiwan
susah pulak sebab haiwan takde akal cuma boleh melihat dan buat rutin harian iaitu makan tido beranak,makan tido beranak..sampai mati..
Kalau jadi malaikat pulak.Memang ada akal,boleh melihat dan tidak mempunyai dosa.Tapi malaikat takde nafsu,takde jantian,Keluarga dan tak makan tido beranak..Pun tak best jugak..so,bersyukurlah menjadi manusia..
Kerana manusia berada di tengah-tengah antara haiwan dan malaikat.

Aku rasa sebab itu manusia boleh jadi lebih daripada haiwan dan boleh jadi lebih daripada malaikat.Sungguh unik Allah S.W.T. jadikan manusia ini.
Aku terfikir juga pasal Kejadian Nabi Adam A.S.
Manusia berasal daripada pelbagai tanah yang busuk..
Patut lah manusia ini ada pelbagai bau..hehehe

Rindu pulak pada kawan-kawan aku yang berada jauh dariku.
Semoga korang sehat2 tau..Jangan lupa PMR tau..
Cuti..cuti jugak tapi belajar jangan lupa..
Aku ini ashik ingatkan orang je..Diri sendiri tak nak berubah.
Apalah nak jadi budak zaman sekarang ini kan?
(^_^)

Ahad, Disember 05, 2010

Hanya Kerana Pujian !!!

Erm..Bila aku baca Tajuk ini..Teringat aku pada Hadi.
Kawan sekolah lamaku.Aku tahu kita tak boleh bangga dengan pujian..
Dalam Islam pon dah mengajar kita..Jangan biarkan hidung anda tinggi tau.
Aku nak cerita dekat korang pasal seorang lelaki ini,dia ini seorang yang tak menyalahgunakan pujian yang telah diberi kepadanya.

Pada awal abad ke-18 dulu.Lelaki ini,teringin benar hendak menjadi seorang penulis.Tetapi nasib dia selalu tidak menyebelahinya.Keluarganya miskin.
Umpama "Kais pagi makan pagi,Kais petang makan petang"...
Satu hari,ayahnya dipenjarakan,akibat tidak membayar hutang "Along kopitiam".Hidup dia jadi lagi susah.Sehari pon tak jumpa makanan..tau..
Kesian dia.

Dengan memiliki pendidikan yang singkat,dia cuba mencari kerja.
Usaha dia berhasil jugak,lelaki malang itu akhirnya diterima bekerja
sebagai penampal label pada botol,di sebuah Gudang lama dipenuhi tikus.
Dia tidur di bilik yang kecil serta usang bersama dua orang rakan sekerjanya yang comot berasal dari setinggan.

Lelaki itu tekun menulis tapi dia tidak berapa yakin dengan kelebihannya.
Jadi dia menyusup keluar pada lewat malam bagi mengelakkan diri daripada rakan-rakannya,dia mengepos tulisannya itu kepada semua syarikat penerbitan.Dia malu untuk menunjukkan kelebihannya pada rakan-rakannya.Tetapi cerita yang dihantarnya itu semuanya ditolak.

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh lelaki itu telah tiba,dia menerima surat daripada sebuah syarikat penerbitan yang tersedia untuk menterbitkan ceritanya.Dia tidak dibayar walaupun sesen pon,tapi tulisannya dipuji oleh pengarah syarikat penerbitan itu.Dia berasa terharu dan amat gembira lalu dia menuju ke rumahnya.

Penghargaan dan pujian yang diterimanya itu telah mengubah seluruh nasib lelaki itu.Kalau dia tidak dipuji dan bakat dia tidak diberi penghargaan pasti lelaki itu akan terus bekerja di Gudang Lama itu serta tidur di bilik kecil bersama tikus.!!

Kisah ini aku petik daripada MASTIKA...

Ahad, Disember 05, 2010

Cerita Lucu Tahap Orang Dewasa

Ini ada kisah lucu
Enjoylah..Kalau korang rasa geli baik jangan baca..hehehe
Seorang Lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk
memesan sebijik kek semperna hari jadi isterinya."Apa yang hendak ditulis
pada kek ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter.
"Mmmm...tulis saje "Ayang Tidak bertambah tua di bahagian atas,Kemudian
sambung dengan "Ayang cuma bertambah cantik di bahagian bawah",Kata lelaki itu..

Esoknya,lelaki itu tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang,dalam satu majlis yang gilang-gemilang.Ketika kek itu dibuka di depan isteri,anak-anaknya dan 100 orang tetamu undangan,lelaki itu terus pengsan sampai tak sedar diri.Kemudian,isterinya
itu pun pengsan kerana disebabkan Tulisan di atas kek itu..
yang bertulis.......

"AYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS,
AYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH"....

Anda Faham-faham jelah ye..Jangan gelak (^_^)

Ahad, Disember 05, 2010

!! My First & Second Love is coming dim !!

Peninglah kepala aku ini.Tak tahulah sebab apa?..Aku cuba picit2 kepala ini.Tapi tak mahu juga elok.I need somebody help me please..
Korang pernah bercintai tak??..Kalau tak baguslah tuh..Kalau ya..
Baik anda renung2kan..hehe..aku bukan menghalang cuma tolong ingatkan..
Jangan sesekali anda cenderung ke alam hina tau!!
Sekali langkah tak boleh berpatah balik..

korang pernah alami first love tak? Aku pernah..
Aku bercintai dengan orang yang beribu jauh dari aku.
Aku call dia 'Mr Ukiss" sebab dia suka k-pop..he3
He is caring and jahat jugak orangnya kerana dia suka kenakan orang kecuali
aku..biaselah orang bercouple..tak akan kecewakan kekasih.
Kitorang kenal sampai dua bulan..
He know about my family and aku pon tau juga pasal Family dia..
One day,Aku rasa macam tak ada keserasianlah.Mr Ukiss seperti tak mahu
aku lagi.Aku tahu aku ini jenis cepat cemburu.!! tak ke dia fahami aku.
But aku yang banyak kecewakan dia..

I feel sorry to him..because aku tak boleh tipu pada diri aku
Saat aku keseorangan aku baru sedar "couple" sebenarnya..
hayalan nafsu..Aku lupa pada Allah S.W.T.
Perasaan Couple itu..sebenarnya Godaan syaitan..
Aku minta putus dri dia.Tapi aku tak mahu cakap perkara sebenar.
I know Mr Ukiss feel sad..and bengang dengan aku..
And he gone...Aku rasa lebih baik dia gone..Because aku dah tawar hati untuk dia..

Aku kesunyian and aku selalu teringatkan Mr Ukiss.Nak buat camne?? Aku yang kecewakan dia terimalah hakikat..
(Cinta pertama susah untuk diluputkan dari ingatan)
Selepas itu,hidupku free umpama butterfly is flying up the sky.
Mengingati Allah lebih baik.Kerana Allah sentiasa berada di mana-mana aku pergi...

Second love,come to me.Aku tak tahu kenapa,aku tak tolak cinta dia?
I call him "Mr webster".Macam ada satu perasaan yang suruh terima dia?
Mr Webster,seorang yang caring jugak and jiwang tau..he3 but I like him.
Dia yang mengubah hari yang suram aku kepada ceria.Mr webster pon orang
jauh jugak dan boleh dikatakan Mr webster ialah lelaki melayu terakhirlah he3..Patutnya aku sedar yang couple tuh diharamkan oleh islam.Aku memang lupa pasal tuh.Sampailah Mr Webster asyik mintak Video call.
I feel like I am play doll.? Aku tak nak buat itu semua semata2 kerana
nafsu Mr webster.Aku tak tahu nak putus atau tidak? nanti aku akan kecewakan dia seperti mana aku kecewakan Mr Ukiss..Kelirulah??

Hari sabtu yang lepas,aku terbaca artikel pasal "no couple before Married"
Baru aku sedar..aku ditipu oleh syaitan dua kali.
Aku sayang both of them...Please I don't want couple again.

Itulah cerita yang tak berapa menarik dari aku...
Aku tak tahu akhirnya macam mane? so,aku fikir endingnya ialah "full stop"
kepada mamat dua orang tuh..Sorry..I hope u understand want I want to say.. NO COUPLE BEFORE MARRIED...
Kalau anda nak cerita pasal kenangan anda pon boleh..
no hal yang penting takde kaitan dengan aku..hehehe
Peace no worse!!!

Ahad, Disember 05, 2010

Kelebihan Wanita Dalam Islam

Hari ini mendung dan sangat membosankan bagiku.Sakitnya hatiku!!!.Handphone aku buat hal pulak.Tak dapatlah nak main mesej kat kawan2 aku.Takpelah buat blogzz lebih baik.Tertarik pula aku pada warna blog yg berwarna biru ini.Aku tak tahu sangat pasal blog ini.Try2 baru boleh menjadi matangkan?

Okylah..aku nak kongsi pasal tajuk ini "Kelebihan Wanita Dalam Islam".Mesti ramai tahu,menjadi pompuan ini kena tutup sana,tutup sini..kena ikut sana,kena ikut sini..Sebenarnya semua tuh ada motifnya.
Aku petik tajuk ini daripada surat khabar 'I Luv Islam".Best tau.Beli lah kat mana-mana kedai buku yang berdekatan.(tengah promote nie)

Wanita,auratnya lebih susah dijaga(lebih banyak) dibandingkan lelaki.
(Keistimewaannya) Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik.Itulah bandingannya dengan seorang wanita dalam islam.Bagi yang tak tutup aurat tuh Faham2 jelah ye..
Jangan biarkan orang anggap kita pompuan murahan seperti GRO..

Lecehkan jadi wanita,Keluar rumah pon kena bagi tahu suami.
(Keistimewaannya)Erm tahu tak..Lelaki kena taat kepada ibu 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya.Syurgakan dibawah telapak kaki ibu..
Sebab itu lelaki tak boleh derhaka kepada ibu.

Dalam mengembangkan zuriat.Sungguh susah bagi wanita mengandung dan melahirkan.9 bulan tau..kena bawak perut besar ke mana-mana.Perit!!
(Keistimewaannya)Tahukah anda??..bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk..dimuka bumi ini.huhuhu..dasyat tau.kalau dia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menanti...

Aku pernah ada impian nak 40 kali (setiap harilah) solat berjemaah kat masjid..Tapi tak boleh sebab wanita ini ada masalah nifas dan haid..
(Keistimewaannya) Kalau lelaki wajib berjihad fisabilillah,sementara wanita kena taat pada suami serta menunaikan tanggungjawapnya kepada Allah,
Maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang berjihad..
Perkara ini agak rumit juga..harap anda sema faham...

Akhir sekali,Pasal harta.Seperti yang aku ketahui,dalam cerita dan drama
pon dah tunjuk yg lelaki lebih banyak memiliki harta warisan daripada
wanita..
(Keistimewaannya)Wanita terima sedikit.Tahu tak? harta yang dia miliki
adalah milik peribadinya.Tak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala
Suami wajib menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak..kalau tak
Dayus tau!!!

Sampai sini jelah aku tahu...
Kalau anda ada banyak ilmu pengetahuan tentang ini..
commentlah...saya sedia mendengar
Kongsi lebih baik daripada berdiam diri..